UBI KAYU merupakan sejenis tumbuhan tropika dan subtropika. Nama botaninya ialah Manihot Esculenta Crantz. Isi ubi kayu diperoleh pada akarnya. Isinya merupakan sumber utama karbohidrat dan daunnya merupakan sejenis sayuran. Tumbuhan ini ditanam menggunakan keratan batangnya.
Isi ubi kayu boleh menghasilkan beberapa produk makanan. Contohnya Kerepek Ubi Kayu yang dihasilkan dengan cara ubi kayu dibuang kulitnya dan dihiris nipis kemudiannya digoreng. Boleh dihidang begitu saja ataupun digalut dengan sos yang telah dimasak mengikut citarasa masing-masing. Isi ubi kayu juga boleh menghasilkan makanan lain seperti Tapai Ubi Kayu, Bingka Ubi Kayu, Kuih Talam Ubi Kayu, isi ubi kayu tersebut direbus dan sebagainya. Isi ubi kayu yang direbus boleh dimakan dengan gula, gula apong ataupun gula Melaka. Manakala daun pucuk muda ubi kayu boleh dijadikan sebagai ulam ataupun sayur. Kelebihan menjadikan ubi kayu dan pucuk daun ubi kayu sebagai pemakanan dikatakan boleh mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko kepada beberapa penyakit kerana ianya mengandungi kalor, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus, zat besi dan karbohidrat.
Gambar dibawah adalah antara makanan yang dihasilkan daripada ubi kayu